lama dah diriku menyepi disebabkan busy yang memanjang,so tak sempat ema nak update blog plus line henfon yang ciput maka tak dapat la diriku untuk update blog...
hari ini melaju kan tangan untuk update story.. baru-baru nie umah ema buat majlis berendoi dan besday party untuk anak sedara ema.. nie anak-anak kakak ema yang no 2, my sister name JURIDAH SHAWAL ... hehe
kitaorg buat majlis nie pada 13/3/2015 , pada mula asal merancang nak buat petang tapi disebabkan 13/3 nie hari jumaat, kumpulan yasin banyak yang masih bekerja, so kitaorg pun tukar time pada pukul 8malam..
nak settle kan goodies nie aku terpaksa mintak tolong 2 orang budak comeyh kat atas uh, ea lah kan goodies dalam 70 bag kitaorg buat.. goddies yang simple but menarikkkan hehe, just letak bunga telur,tasbih dlm kotak (order dekat FB tapi lupa da ape namanya) , lepas tue letak gula dan keropok.. ok lah tue kan..
nak suruh kakak ema settle kan goodies nie, jawapannya memang tak siap lah.. hehe
comeyh tak papan ajaib ema buat, actually papan nie mase ema buat dulu untuk wedding member ema tapi disebabkan da lebih sangat, papan nie tersadai kat rumah, datang la sikit idea, so print kat kertas nama-nama dorg dan lepas tue tampal, simple but menarik kalau kita photoshoot kat situ hehe..
nie idea untuk background untuk besday party tapi kitaorg tak de gas untuk ballon tue, so kitaorang tiup dan tampal dekat cermin rumah mak ema... nak tgk hasil nya..jeng jeng jeng ..
--------------------------------
--------------------------------
--------------------------------
ha tengok tue tak pasal cermin tingkap rumah bapak ku jadi mangsa hehehehehehe...
malam jumaat tue time aq untuk ikat telur rebus dekat bunga telur... yang letihnya bila diri sendiri yang kena buat, nak harap kan kakak ku yg comel tue, memang assalammualikum lah.. jawapan dia, " ala adik,tak reti aku ikat bunga telur nie" .. ha tue la jawapannya,,,ish ish... so slow-slow aq mengikatnya :)
| nampak tak sebakul telur |
kek pula kitaorang tempah dekat makcik kami, harga rm60 jepp so tempah 2 jenis rm120 (nie harga family katenya) kalau nak taw harga dia jual boleh discuss dengan makcik ema FB nurul sinar ..
kek frozen uh perisa blackforest dan superman perisa butterscott , dua-dua kek ni sedap seyes.. x rugi order kat makcik ema.. hehe..
buai berendoi nie akk ema tempah dekat kawan dia.. harga tak silap bawah rm200 lah.. tapi apa yang kami inginkan semua tercapai.. kalau nak tempah boleh hubungi no nie 0176898792 (emma), nama dia pun ema juga hehe..owner dy sporting dan harga boleh adjust hehe..
terima kasih kepada kumpulan yassin nusa perintis, alhamdulilah majlis berjalan lancar...
now time celebrate besday boy & besday gurl pula.. meriah dengan kanak-kanak yang riang sekali..
tq semua memeriahkan besday party yang tak seberapa nie hehe.. :)
| selfie dulu |
bajet kitaorg untuk buat majlis nie rm500++ siap dengan makanan la..selagi boleh save, kami akan save.. hehe.. berbelanja mengikut kemampuan..
sekian...
No comments:
Post a Comment